Klik Gambar Untuk Mendaftar Anak-Anak Anda

PROGRAM HUFFAZ CiLiK RAMADHAN

Program Huffaz CiLiK Ramadhan
======================
Ramadhan ini kami meraikan anak-anak dengan menganjurkan Program Huffaz CiLik Ramadhan selama satu bulan.
Penutup bagi program ini nanti akan diadakan Majlis bertadarus, dengan anak-anak ini akan membacakan surah yang sudah berjaya mereka hafal bersama-sama. Kemampuan mereka mungkin terhad, namun mereka punya hak untuk mengenal kalam Allah.

Hakikatnya, Nabi junjungan sewaktu dipilih Allah untuk menerima wahyu, baginda juga tidak boleh membaca, lalu menghafal sahajalah medium terbaik untuk memasukkan kalimah-kalimah Allah di dalam dada baginda.

Maka apakah alasan kita menidakkan hak mereka walaupun mereka belum boleh membaca..?

Daftarkan anak-anak anda sekarang dengan klik link ini :


Wednesday, 10 June 2015

USRAH Pemantapan Diri Menjelang Ramadhan


Realitinya, apabila sesuatu tempat atau sesuatu majlis bakal dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin, selebriti, artis terkenal atau orang kenamaan adalah menjadi kelaziman kita bertungkus lumus membuat perancangan dan persediaan rapi. Kita sedaya upaya mengelak daripada berlakunya kekurangan dan cacat cela semata-mata meraikan kehadirannya.   Mungkin kita alpa dan leka, kedatangan bulan Ramadhan adalah seperti bulan-bulan biasa, tidak diendahkan bahkan ada yang merasakan kedatangannya memeritkan kerana terpaksa menahan diri dari lapar dan dahaga.

Anehnya, belum bermula Ramadhan sudah berkira-kira untuk membuat persediaan menyambut Syawal. Langsir sudah ditempah, rumah mungkin sudah dicat baru, perabot diganti baru. Tidak ketinggalan mereka yang sudah berkira-kira menerima tempahan kuih raya. Media elektronik pula sibuk dengan persediaan drama syawal, dan rakaman lagu sempena hari raya.  Alangkah bertuahnya sekiranya  persiapan yang sebegini rapi kita  lakukan sempena menyambut ketibaan Ramadhan yang dinanti-nantikan.

Hadiri Seminar Pemantapan Diri Menjelang Ramadhan yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 16 June 2015
Masa : 8.00 Malam
Lokasi :
Dewan Seminar Akademi Al-Quran ABS MEDINA
Alam Damai, Cheras

Sila RSVP kehadiran dengan menghantar SMS / WHATSAPP ke :
019 640 0098
Daftar secara online dengan klik link ini >>
http://goo.gl/forms/nyGjDZGRZx

SEBAR-SEBARKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA



No comments:

Post a Comment