Klik Gambar Untuk Mendaftar Anak-Anak Anda

PROGRAM HUFFAZ CiLiK RAMADHAN

Program Huffaz CiLiK Ramadhan
======================
Ramadhan ini kami meraikan anak-anak dengan menganjurkan Program Huffaz CiLik Ramadhan selama satu bulan.
Penutup bagi program ini nanti akan diadakan Majlis bertadarus, dengan anak-anak ini akan membacakan surah yang sudah berjaya mereka hafal bersama-sama. Kemampuan mereka mungkin terhad, namun mereka punya hak untuk mengenal kalam Allah.

Hakikatnya, Nabi junjungan sewaktu dipilih Allah untuk menerima wahyu, baginda juga tidak boleh membaca, lalu menghafal sahajalah medium terbaik untuk memasukkan kalimah-kalimah Allah di dalam dada baginda.

Maka apakah alasan kita menidakkan hak mereka walaupun mereka belum boleh membaca..?

Daftarkan anak-anak anda sekarang dengan klik link ini :


Thursday, 4 June 2015

KEM TAHFIZ ANAK SOLEH


KEM TAHFIZ ANAK SOLEH

CUTI SEKOLAH memang sesuatu yang ditunggu-tunggu bukan sahaja anak-anak malahan juga ibu bapa sendiri.Tidak dinafikan pada masa ini sebahagian ibu bapa sudah mempunyai beberapa perancangan dan aktiviti untuk memenuhi masa lapang anak-anak pada musim cuti persekolahan ini. Sudah sewajarnya kita mengisi masa tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat supaya masa itu tidak berlalu dengan sia-sia.

Anda BERCUTI bersama keluarga tercinta??Alhamdulillah..kerana anda antara yang bertuah berpeluang untuk bersama2 beriadah bersama keluarga semasa CUTI SEKOLAH.

Bagi yang belum atau tiada perancangan untuk CUTI SEKOLAH ini atas tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan untuk bersama meraikan anak2 , cuba fikirkan untuk mendaftarkan mereka menyertai Kem SMART Tahfiz & Anak Soleh Cuti Sekolah ini untuk menfaatkan masa mereka bersama-sama kami di AKADEMI AL QURAN MEDINA.

No comments:

Post a Comment