Klik Gambar Untuk Mendaftar Anak-Anak Anda

PROGRAM HUFFAZ CiLiK RAMADHAN

Program Huffaz CiLiK Ramadhan
======================
Ramadhan ini kami meraikan anak-anak dengan menganjurkan Program Huffaz CiLik Ramadhan selama satu bulan.
Penutup bagi program ini nanti akan diadakan Majlis bertadarus, dengan anak-anak ini akan membacakan surah yang sudah berjaya mereka hafal bersama-sama. Kemampuan mereka mungkin terhad, namun mereka punya hak untuk mengenal kalam Allah.

Hakikatnya, Nabi junjungan sewaktu dipilih Allah untuk menerima wahyu, baginda juga tidak boleh membaca, lalu menghafal sahajalah medium terbaik untuk memasukkan kalimah-kalimah Allah di dalam dada baginda.

Maka apakah alasan kita menidakkan hak mereka walaupun mereka belum boleh membaca..?

Daftarkan anak-anak anda sekarang dengan klik link ini :


Tuesday, 9 June 2015

Khabar Gembira buat penduduk Sekitar Cheras

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan limpahan kurnia Allah yang Maha Pemberi lagi Maha Pengasihani, Akademi Al Quran ABS MEDINA kini membuka pra pendaftaran sesi pertamanya untuk kemasukan JUN 2015.
Akademi ini yang mensasarkan celik Al Quran bukan sahaja dari segi pembacaan malahan ia juga dari segi penghayatannya dalam usaha melahirkan generasi soleh.

Tuan tuan yang berminat untuk menghantar anak-anak untuk mengikuti pengajian di akademi ini bolehlah membuat pendaftaran secara online dengan klik pada gambar dibawah.
Antara program yang kami tawarkan adalah program pembelajaran Al-Quran (belajar membaca kaedah Iqra'), program tahfiz jangka panjang dan pendek, pemahaman tafsir Al-Quran melalui kaedah Modul Khabar Gembira, pengajian bahasa Arab melalui surah-surah di dalam Al-Quran.


Selain itu, kami menjalankan akademi ini dengan gaya Bahasa Melayu Tinggi dan kaedah komunikasi Gaya Nabi Muhammad hasil kajian dari kalangan pakar hadis dan psikologi kami sejak dari beberapa tahun lepas. Harapan kami dengan wujudnya akademi ini bakal melahirkan anak-anak yang soleh dan penyantun untuk pembangunan modal insan di masa hadapan.
Semoga Allah memberkati usaha kecil ini dengan sokongan tuan-puan semua.

Alamat Penuh :
Akademi Al-Quran ABS MEDINA
No 27-29 Jalan Damai Niaga,
Damai Niaga, Alam Damai,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Tel : 03 91077537 | 012 777 2575

Peta Lokasi :


No comments:

Post a Comment