Kaedah Asas Mengajar Al Quran
1.
Kaedah Talaqqi Musyafahah
- Guru membaca dan bacaan itu dijadikan contoh untuk diikuti oleh murid secara individu secara berdepan dengan guru
- Murid mendengar dan memerhati gerakan mulut dan bibir, kemudian membaca seperti yang mereka dengar dan lihat
- Pembetulan dibuat menyentuh tentang hukum tajwid serta sebutan huruf mengikut makhraj
2. Kaedah Tasmik
- Murid membaca Al Quran di hadapan guru yang mendengar
- Kesalahan diperbetulkan
- Guru mengemukakan soalan berkaitan hukum tajwid dan maksud tanda bacaan yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
3. Kaedah Tadarus
- Kaedah kumpulan kecil (antar 4 hingga 5 orang)
- Seorang ahli akan membaca sedangkan ahli lain (yang lebih mahir) akan mendengar, menyemak serta memperbetulkan bacaan.
- Seterusnya ahli kedua pula membaca dan akan disemak oleh ahli lain (Setiap ahli akan membaca secara bergilir-gilir dan ahli lain mendengar, menyemak dan memperbetulkan bacaan)
4. Kaedah Tikrar (kaedah latih tubi)
- Guru memperdengarkan bacaan ayat alQuran satu persatu
- Murid mengikut bacaan guru (juga satu persatu) secara kelas
- Murid membaca secara bersama mengikut kumpulan kecil. Kumpulan yang tidak membaca akan mendengar.
- Kumpulan lain pula diminta membaca dan didengari leh kumpulan yang tidak membaca.
- Seorang murid diminta membaca dan murid lain mendengar
5. Kaedah Imla’i
- Guru meminta murid menyalin beberapa kali ayat yang ingin dihafaz
- Semasa menyalin, murid dikehendaki membaca dan mengingat / menghafaz secara individu
6. Kaedah Baghdadiah
- Huruf-huruf hijaiyah diperkenalkan secara analisis dan berperingkat secara berulangkali: eja dan sebut
- Bunyi-bunyi huruf tunggal diajarkan mengikut tanda baris (atas, bawah, hadapan)
- Murid diajar mengeja dan menyebut kalimah mengikut tanda (atas, bawah, hadapan, tanwin, sukun.....)
- Bacaan ayat-ayat juga diperkenalkan secara berperingkat menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan.
- Murid akan membaca di hadapan guru mengikut peringkat-peringkat yang diperkenalkan
- Guru memperbetulkan bacaan murid sambil mengajar hukum-hukum tajwid (daripada yang mudah kepada yang kompleks)
7.
Kaedah Iqra’
8.
Kaedah Qiraati
9.
Kaedah Hattawiah
Untuk tiga kaedah terakhir (Iqra’, Qiraati dan Hattawiah) pengajaran dilakukan berpandukan buku-buku berkenaan.
Kredit Sumber-http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment