Klik Gambar Untuk Mendaftar Anak-Anak Anda

PROGRAM HUFFAZ CiLiK RAMADHAN

Program Huffaz CiLiK Ramadhan
======================
Ramadhan ini kami meraikan anak-anak dengan menganjurkan Program Huffaz CiLik Ramadhan selama satu bulan.
Penutup bagi program ini nanti akan diadakan Majlis bertadarus, dengan anak-anak ini akan membacakan surah yang sudah berjaya mereka hafal bersama-sama. Kemampuan mereka mungkin terhad, namun mereka punya hak untuk mengenal kalam Allah.

Hakikatnya, Nabi junjungan sewaktu dipilih Allah untuk menerima wahyu, baginda juga tidak boleh membaca, lalu menghafal sahajalah medium terbaik untuk memasukkan kalimah-kalimah Allah di dalam dada baginda.

Maka apakah alasan kita menidakkan hak mereka walaupun mereka belum boleh membaca..?

Daftarkan anak-anak anda sekarang dengan klik link ini :


Thursday, 4 June 2015

Seminar Anak Cintakan Al-Quran


Anak adalah amanah daripada Allah SWT dan amanah ini perlu dijaga dengan baik iaitu dengan memberi pendidikan yang tepat, Pendidikan paling utama yang mesti ditanamkan adalah cinta kepada Al-Quran, wahyu Allah SWT. Rasa cinta terhadap Al-Quran ini mesti ditumbuhkan lebih dulu kepada anak-anak sebelum mengajar hafalan ayat-ayat Al-Quran kepada mereka.

Ibnu Khaldun juga menegaskan makna yang sama dengan mengatakan, “Mengajar Al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu syiar Islam yang awal mulanya dijalankan oleh para ulama, dan kemudian secara berjenjang ke seluruh wilayah dakwah kerana merasakan mantapnya keimanan dan keyakinan disebabkan ayat-ayat Al-Quran dan lafaz-lafaz hadis. Dengan demikian, Al-Quran menjadi akar pokok pengajaran yang menjadi pijakan seluruh kemampuan yang lain sesudah itu.”

Antara kaedah yang boleh digunakan agar anak mencintai Al-Quran adalah seperti berikut.

·         Bercerita kepada anak dengan kisah-kisah yang diambil dari Al-Quran, kisah kehebatan orang yang menghafal Al-Quran.

Mempersiapkan cerita untuk anak yang boleh menjadikannya mencintai Allah Taala dan Al-Quran Al-Karim, akan lebih bagus jika kisah-kisah itu diambil dari Al-Quran secara langsung, seperti kisah tentang tentera gajah yang menghancurkan Kaabah, kisah perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khidir, kisah Qarun, kisah Nabi Sulaiman bersama Ratu Balqis dan burung hud-hud, kisah tentang Ashabul Kahfi, dan lain-lain.

·         Sabar dalam menghadapi anak dan berdoa.

Ketika anak belum bersedia menghafal pada usia ini, maka kita harus menangguhkannya hinggalah anak benar-benar bersedia. Namun kita harus selalu memperdengarkan bacaan Al-Quran kepadanya di samping mohon kepada Allah S.W.T dengan doa yang baik-baik agar mudah anak itu untuk menghafal dan menerima ilmu.

·         Menggunakan cara penghargaan untuk memotivasikan anak.

Jika anak telah menyelesaikan satu surah, kita ajak dia untuk bersiar-siar atau dengan menggunakan lembaran prestasi penghargaan, sehingga anak akan semakin terdorong untuk menghafal Al-Quran. Menggunakan kata-kata semangat untuk membimbing anak mencintai Al-Quran.

·         Memilih waktu yang tepat untuk menghafal Al-Quran.

Hal ini sangat penting kerana kita tidak boleh menganggap anak seperti alat yang dapat dimainkan pada bila-bila masa saja, serta melupakan keperluan anak itu sendiri. Gunakan pendekatan tidak seperti memaksa kerana jika kita terlalu memaksa anak dan sering menekannya boleh menimbulkan kebencian di hati anak hingga menyebabkan dia menanggung kesulitan yang lebih besar

Dapatkan tips-tips dan penerangan lanjut melalui seminar yang kami anjurkan secara percuma.
Anda digalakan hahir bersama seisi keluarga.

SEMINAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN
Tarikh : 7 june 2015
Masa : 2.30 petang
Lokasi :
Dewan Seminar Akademi Al-Quran ABS MEDINA
Alam Damai, Cheras

TEMPAT ADALAH TERHAD

Sila RSVP kehadiran dengan menghantar SMS / WHATSAPP ke :
012 777 2575 / 019 640 0098

Daftar secara online dengan klik link ini >>
http://goo.gl/forms/nyGjDZGRZx

No comments:

Post a Comment