Ramadhan menyimpan pelbagai peristiwa bersejarah yang dilalui oleh Rasulullah SAW, para sahabat serta umat Islam terdahulu. Peristiwa-peristiwa ini cukup mustahak kerana ianya menyingkap pelbagai pahit manis serta cabaran yang
ditempuhi oleh mereka dalam membawa
agama ALLAH ke tahap tertinggi seperti yang
kita lihat sekarang. Bulan Ramadhan menyaksikan beberapa siri peperangan yang
disertai umat
Islam disamping kematian beberapa tokoh
Islam terkemuka.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbUvBwgrsIWWW9jKKrIV17np21wvricN7iJp9H1AMI2PnI012YlOdo18-mn7l73p4AV8Kl0t88FMd74qhl23lIccS-y4VRUAl-tUC-czmgh2l21wPoOZ9fpmUJ4L4AwesJbjrhgCZ56n3j/s400/10+Terakhir+Ramadhan.jpg)
..............................................................................................
1. Nuzul Quran (Penurunan Al-Quran)
Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia. Penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu adalah pemisah antara hak dan batil atau yang
batul mahupun salah.
Penurunan lima ayat pertama surah Al-Alaq yang disampaikan oleh Malaikat Jibril sudah cukup untuk menggeletarkan jiwa Baginda SAW.
Baginda pulang ke rumah dalam keadaaan tergesa-gesa lalu jatuh sakit setibanya di rumah. Peristiwa ini juga begitu sinonim dalam mengajak manusia untuk membaca kerana perkataan pertama yang
diturun
ALLAH daripada Luh Mahfuz adalah Iqra' yakni
"Bacalah".
Peristiwa penurunan ayat pertama
Al-Quran ini juga menandakan perlantikan secara rasmi Nabi
Muhammad SAW sebagai rasul terakhir.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXDG7qRR7b5kk70qb_j_0DD22wCLjhQxRjJZlcLV96pWIibSnF_lLUtaA3F3g6cKy3qJqmnxxj0_JKosLJBdqDv6-gMtk9fOELF90GgYHTqdvFSR-z1SppZLtrSUJO5vtfWCXEDAzrfyH2/s400/gf-surah-al-alaq.jpg)
2. Fathu Makkah (Pembukaan Kota Mekah)
Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dengan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukakid (antara Asfan dan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Peristiwa pembukaan Kota Mekah ini bererti kemenangan bagi seluruh kaum muslimin ketika itu. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada tanggal 21 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM1-QsBm6ESyqzVJCovGO4VQGdNnL7y9qHGbaVREjm86MHYLX3THdz7p1IN9jPtyvYKVqIvm2Fu_RV4sm5KsJSCW6mFHtX5HACB7G4QuDWc5hICeCj75QwOINK4F9PmzSpMzFNjRAZVns7/s400/mekah.jpg)
3. Perang Badr
Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan 2H. Dalam peperangan tersebut, ALLAH SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrikin Mekah. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H
di Badar. Sebanyak 313
orang tentera muslimin di bawah pimpinan Rasulullah telah mengalahkan lebih kurang 1000
orang tentera Quraisy.
Gambar Illustrasi
"Dan sesungguhnya
ALLAH telah menolong
kalian dalam Perang Badr, padahal
kalian dalam keadaan lemah (sedikit). Oleh itu, bertaqwalah kepada
ALLAH supaya kamu bersyukur (akan kemenangan tersebut)." (Ali Imran: 123)
4. Persediaan Perang Khandak
Perang Khandak (Perang Parit) atau Perang Ahzab (himpunan suku kaum yang bersatu) adalah peperangan ketiga yang disertai umat Islam selepas Badr dan Uhud. Perang ini berlaku pada bulan Syawal 5H, namun persediaan menghadapi peperangan ini bermula sejak bulan Ramadhan lagi. Salah satu perkara menarik mengenai perang ini di mana adanya proses penggalian parit di sekeliling Madinah hasil ilham Salman Al-Farisy. Gali-menggali parit ni adalah sangat rare
dalam kalangan bangsa arab terdahulu. So,
pabila tentera Musyrikin Mekah datang ke Madinah, terkejut dok la mereka. Tentera musyrikin Mekah mengalami kekalahan teruk dalam peperangan ini dan hal ini sekaligus menyebabkan bangsa Quraisy hilang perdagangan serta darjat mereka.
5. Perang Tabuk
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung
Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom
yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules,
Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat
Islam dengan utara
Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi
Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat
Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip
zakat. Pada masa itu tanah Arab
dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi
Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai
30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera
Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di
situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi
Muhammad SAW yang ramai. Tentera
Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara
Islam dan Rom.
Sebagai persetujuan, Rom
tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi
Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak
3,000 dinar setiap tahun.
6.Khalid Al-Walid Meruntuhkan Berhala Al 'Uzza
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah.
Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9
hijrah, beliau menghantar
Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab
jahiliyyah, al
‘Uzza adalah patung dewi terbesar di
situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab
apabila melafazkan sumpah.
Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir
7. Islam Tiba Di Yaman
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTT08-EA_uty2kllKG1OItmUMlKo2eGeRvkrCprCVox1HuMGdKZaJxKf_mTYPtIHyqhhzDiABoO6QbN3esaiJ-TC2xrlj5yREOJkuX0jCWlGvvvkgaKO7XD73eWgGtb2G6CetGy2TEwkM7/s400/images.jpg)
Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera di bawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu Wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjemaah bersama Saidina Ali r.a. pada hari itu.
8. Berkembangnya
Islam Di Bumi
Andalusia (Sepanyol dan
Portugal)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung
Iberia yang diperintah oleh
orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492
Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun
ke-92 Hijrah, panglima
Islam bernama
Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin
armada Islam menyeberangi laut yang
memisahkan Afrika dan Eropah.
Antara peristiwa yang memotivasikan tentera-tentera
ALLAH ini semasa perang adalah apabila
Tariq binZiyad mengarahkan tenteranya membakar kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Rhoderic. Beliau berkata,
"Sesungguhnya, Syurga
ALLAH terbentahng luas di hadapan kita, dan di belakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun Syahid".
Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera kafir pimpinan Raja
Rhoderic, malah turut membebaskan keseluruhan Sepanyol,
Sicily dan sebahagian Perancis. Di sinilah bermulanya zaman keemasan
Islam di Andalus dan
Islam menguasainya selama lapan abad.
9. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel
Pada Tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang
dinamakan Garis Bar
Lev bersempena dengan nama Jeneral
Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar
Lev mereka yang
didakwa 'tidak dapat ditawan' kerana mempunyai kekebalan serta teknologi peralatan yang
canggih. Namun, tentera
Islam berjaya juga menawan kubu tersebut sekaligus mengalahkan tentera
Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah perana seorang sarjana Islam merangkap Imam Masjid Bandar Suez, Allahyarham Syeikh
Hafiz Salamahyang mengambil alih pimpinan operasi peperangan. Beliau mengambil alih jawatan ini apabila Gabenor
Daerah meletakkan jawatan. Akhirnya para
mujahidin gabungan tentera Mesir,
Syria dan penduduk bandar Suez
berjaya mengasak tentera
Israel yang terpaksa menyerahkan Semenanjung
Sinai dan
Bukit Golan.
10. Perang 'Ain Jalut
Kemenangan terbesar kaum muslimin ke atas pasukan Mongol berlaku pada 25 Ramadhan 658H. Tentera Islam dan para ulama' pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di
'Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera
Islam meraih kemenangan pabila berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang
memberikan nasihat kepada Hulagu Khan
bagi menyerang
Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang
luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
No comments:
Post a Comment